Pengenalan

NUREEN telah diasaskan pada tahun 2015 oleh Puan Nor Zuriana Mohammad. Asal jenama NUREEN di inspirasikan oleh nama kedua-dua puteri beliau yang berpangkal NUREEN yang membawa maksud “cahaya” dalam bahasa arab. Dari situ lah Puan Nor Zuriana menamakan produk pertama beliau ini dengan nama NUREEN dengan harapan produk NUREEN dapat memberi “cahaya harapan” kepada pengguna-pengguna.

Di awal pengenalan NUREEN, Puan Nor Zuriana telah membuat ujian keberkesan krim keatas anak beliau sendiri dan mendapati sangat mujarab untuk menangani masalah kulit terutama kepada kanak-kanak yang mempunyai kulit yang sensitif. Disusuli dengan ujian keatas keluarga sendiri dan rakan-rakan terdekat, ternyata hari ke hari, beliau menerima testimoni yang begitu memberansangkan dan mula memperkenalkan kepada orang ramai.

Krim NUREEN sangat terkenal dikalangan ibu-ibu di luar sana kerana keberkesanan produk tersebut dalam menyelesaikan masalah kulit anak-anak mereka seperti ekzema, psoriasis, kulit kering, kulit menggelupas, kulit kemerah-merahan dan pelbagai masalah kulit yang kronik. 

Sejak dari tahun bermula iaitu pada tahun 2015, sambutan sangat menggalakkan dan kadar “repeat order” yang tinggi sehingga pihak HQ sendiri tidak dapat membekalkan stok seperti yang diminta. Walaupun baru sahaja diperkenalkan dalam beberapa tahun ini, NUREEN telah menerima ratusan testimoni pengguna yang sangat berpuas hati. Apa yang boleh kami nyatakan, lebih kurang 90% pembeli adalah pengguna yang berpuas hati.

Jangan terkejut jika kami nyatakan ramai antara pembeli sudah berputus asa malah sudah beribu-ribu berhabis duit untuk menyelesaikan masalah kulit mereka dan anak-anak mereka terutama masalah kulit ekzema dan NUREEN adalah alternatif terakhir mereka untuk sembuh. Ada yang 2 hari sudah nampak kesan positif, ada yang seminggu baru nampak kesan positif dan ada yang habis guna satu bekas baru nampak kesan. Kesimpulannya, keberkesan produk NUREEN bergantung kepada keadaan kulit masing-masing.

Alhamdulillah, dengan izin dariNYA, kami terpanggil untuk terus memperkenalkan dan menyebarkan kebaikan dan manfaat produk NUREEN bagi membantu anda yang diluar sana. Samada yang sudah berputus asa menggunakan pelbagai produk atau sudah berhabis ratusan ringgit malahan ribuan ringgit untuk merawat masalah kulit anak atau anda sendiri.

Terbaru, oleh kerana permintaan yang semakin meningkat, kami telah membuat penyelidikan (R & D) selama hampir 7 bulan dan berjaya mengeluarkan produk baru iaitu KIDDIESOFT bagi menggantikan krim NUREEN sebelum ini.

KIDDIESOFT yang telah dilancarkan pada bulan Ogos 2017 datang dengan fungsi yang sama dan bahan-bahan yang sama tetapi telah diperbaharui dengan bahan tambahan dan pembungkusan yang baru (Improved formulation & packaging). Dengan itu, krim NUREEN yang sedia ada telah dihentikan pengeluaran nya. Anda boleh lihat dengan lebih lanjut mengenai KIDDIESOFT dalam laman “maklumat produk”.