• Home
  • Author: nureen

PETUA UNTUK KULIT KERING DAN BERSISIK

Ramai antara kita yang alami masalah yang sama, iaitu KULIT BERSISIK DAN KASAR. Lagi2 dengan cuaca kat malaysia ni yang kering dan panas, dok gitu? Lagi merana bila sakit dan gatal. Jom kita cuba petua tradisi dari nenek moyang kita.

PETUA LICINKAN KULIT BERSISIK DAN KASAR👇👇👇

1. Masukkan cuka (ala cuka yang kita makan la) kedalam besen/bekas/tab mandian.

2. Campur air paip kedalam bekas mandian tu.

3. Mandilah tanpa guna sabun (Sebab kulit bersisik dan kasar ni biasa ya sensitif dengan sabun).

4. Amalkan pada setiap pagi dan petang sehingga beroleh hasilnya!

Nak lebih mujarab dan dapat kesan yang lebih memuaskan? Cuba guna #KrimNureen. 100% semulajadi. Ala macam guna bahan2 dari dapur juga. Tapi diformula khas dan di pack sesiap dalam bekas! Senang kita nak calit2 dan sapu2 🙂

Like, tag kawan2 & share kat kawan2 sekali. Jangan baca sorang2,kita sihat secara berjemaah 😀💪💪💪

Nak banyak lagi tips untuk masalah kulit? 👇👇👇

Like Fb page : Nureen.my
Follow Instagram : Nureen.my
Buka hashtag : #TipsNureen

5 CARA BERKESAN RAWAT EKZEMA SECARA SEMULAJADI

DAH PUAS IKHTIAR JUMPA PAKAR UNTUK EKZEMA, TAPI TAK OK JUGA? 

Kami percaya anda sedang mengalami ekzema terutama anak-anak kecil selalu sangat menggaru-garu, kulit kering menggelupas, naik bintik-bintik merah dibadan, tak boleh tidur dengan lena, selalu sangat menangis atau segan nak jumpa orang sekeliling, betul? 

Ok, disini kami kongsikan 5 cara atau petua tradisional yang dianggap paling berkesan untuk melegakan ekzema. Perhatian! Kesan berbeza kepada setiap orang. Ini adalah petua yang hanya menggunakan bahan-bahan dari rumah sahaja. Jom kita lihat. Jangan lupa amalkan!

Tengok petua nombor 5 paling mudah dan ringkas.

  1. BAKING SODA

Sediakan 12 liter air, 2 cawan baking soda dan Kain kapas/kain bersih. Campur air dan baking soda dan kacau. Guna kain kapas untuk sapu pada tempat ekzema/kulit gatal secara perlahan-lahan untuk kelegaan yang cepat. 

  1. KUNYIT

Amalkan memakan kunyit dalam menu seharian. Boleh juga dibuat ulam dan dimakan bersama nasi. Kunyit juga boleh disediakan dalam bentuk jus. Untuk sediakan jus kunyit, kupas kunyit dan rebus dalam 15 minit. Blend dan tapis, isi kedalam botol dan simpan didalam peti.

Untuk hasil yang lebih berkesan, amalkan setiap pagi dan petang selama sebulan dan lihat hasilnya. 

NotaNureen : Kunyit mengandungi bahan anti-oksidan yang dipanggil curcumin boleh melindungi dan memelihara kulit dengan meneutralkan bahan radikal dan mempercepatkan luka dari luar dan dalam kulit.

  1. OATMEAL

Kisar beberapa genggam oatmeal  didalam mesin pengisar dan taburkan kedalam besen air mandian. Campur dengan garam Epsom sebanyak 2 cawan. Campurkan sedikit minyak lavender (jika ada) untuk keselesaan dan penyembuhan pada kulit.  

NotaNureen : Oatmeal memiliki sifat anti-inflamasi dan antioksidan yang membantu merawat kulit manakala Magnesium didalam garam epsom membantu mengeluarkan kotoran dalam kulit dan sifat garam epsom yang anti-rengsa membantu melegakan kegatalan kulit. Perhatian, garam epsom dan garam yang dimasukkan kedalam makanan adalah BERBEZA.

Garam epsom : Gabungan magnesium + sulfur

Garam masakan : Gabungan Sodium + klorida

  1. VEGETABLE SHORTENING

Lumurkan pada kulit atau seluruh kulit yang mengalami ekzema. Sebaiknya adalah selepas mandi kerana telah terhindar dari bakteria. Biarkan selama 2-5 jam untuk memastikan pelembab semulajadi ini meresap kedalam kulit. 

NotaNureen : Vegetable shortening (lemak tumbuhan) biasanya digunakan dalam pembuatan kek. Tapi boleh juga digunakan untuk melegakan ekzema terutama ekzema yang terlalu kering dan menggelupas. Mengandungi zat pelembap yang sangat unik dan membantu melegakan ekzema dan kulit kering. 

  1. MINYAK ZAITUN

Sapu Minyak zaitun (pastikan minyak zaitun yang berkualiti tinggi).  Basuh tangan dengan sabun terlebih dahulu untuk memastikan tangan bebas dari bakteria dan sapu pada tempat yang dijangkiti ekzema. Amalkan setiap pagi dan malam selepas mandi.  Amalkan juga dalam menu seharian untuk membantu menyembuhkan kulit dari dalam. 

NotaNureen : Minyak zaitun kaya adalah minyak semulajadi yang kaya dengan Omega 3 yang boleh melegakan keradangan kulit.